Decide…

“berdekatan dengan Kg. Temenin, Kota Tinggi”
Semalam aku membawa sekumpulan pemain futsal ke pertandingan futsal tertutup anjuran UMNO Kg. Makam. Alhamdullillah, pasukan junior memasuki final dan berjaya memenangi pertandingan tersebut. Tahniah aku ucapkan. Cikgu Azri bangga dengan korang semua. Terima kasih sebab belanja makan malam tadi.
Semalam selepas selesai pertandingan, sunset di Kota Tinggi memang cantik. Memandangkan kesuntukan masa, akhirnya aku pilih untuk mengambil gambar kawasan kebun luas ini sahaja. Setelah melihat gambar yang aku dapat, aku berpuas hati dengan hasilnya. Sama seperti dalam kehidupan, kita sentiasa berdepan dengan situasi yang mana kita perlu membuat pilihan. Biarpun kekadang sukar namun ia harus dilakukan.
Tuhan memberikan kita akal fikiran jadi fikirlah sebaik mungkin dan ukur situasi serta kemampuan diri sendiri sebelum membuat pilihan, sahabat semua…