Casey Stoner, tokey minyak wangi…

“Lagak seorang bakal boss”
Entri kali ini berkisar tentang seorang sahabat aku iaitu encik Am @ Casey Stoner. Mamat ini seorang penggemar fotografi sama seperti aku. Gajet beliau? Emm… Tak perlu aku nyatakan di sini rasanya yang penting gajet-gajet yang digunakan sangat mahal. Dia juga adalah OP (official photographer) bagi kumpulan Dead Mushroom. Bagi yang belum kenal kumpulan muzik ini senang sahaja, salah seorang ahlinya ialah Rashidi Ishak suami kepada Vanidah Imran tu.
Am ini sudah pun berkahwin dengan seorang wanita yang cantik rupawan iaitu kakak Eeman Teoh. Kami berkongsi pasukan bola sepak EPL yang sama iaitu Manchester United. Lupa nak bagi tau, dia ni die hard fan Red Warrior iaitu pasukan Kelantan. Berapi siot bila cakap pasal Kelantan. Hahaha, nak buat macam mana kalau dah memang anak kelahiran Kelantan.
Itu sahaja yang aku tau serba sedikit tentang dia. Boleh klik di sini untuk ke laman facebook beliau. Lain kali kalau aku rajin aku akan menulis lagi
p/s: malas betol nak menulis sejak menjadi cikgu ni…