Cak cuba beraksi manja dengan belon-belon yang di tiup oleh Cik Ecah…

Ok… Name gelaran mamat ni Cak. Hasil soal selidik aku, die dapat name “Cak” asal dari membe die yang panggil die pucat. Lame-lame lekat jadi “Cak” jer. Berasal dari Kelantan (ala negeri yang kalah final Piala Malaysia tu). Tapi jangan risau, Cak dah buat pengakuan bukan dia yang bakar kerusi tu. Dia menggelarkan dirinya sebagai penyokong yang berhemah. Aku juga dapat tahu status dia sekarang adalah single selepas die memutuskan hubungannya dengan Scha Alyahya. Bekerja di TV3 sebagai pembantu penerbit rancangan “Nur Kacihan”. Sangat meminati perkara-perkara yang berkaitan dengan seni seperti gig, konsert malah teater pun dia suke. Memiliki sebuah kereta satria neo hitam berenjin turbo mivec. Kulit beliau sangat gebu serta hobi beliau selain dari menangkap gambar ialah memasak.

Boleh lihat gambar-gambar beliau di sini

Sekian, terima kaceh…

Inilah sedikit gambar yang aku tangkap pada hari itu. Kepada yang hadir, ucapan terima kasih aku ucapkan kerana kerjasama dan komitmen yang anda semua berikan. Harap acara seperti ini akan dapat dianjurkan lagi bagi merapatkan serta memupuk sikap berkongsi ilmu dikalangan ahli forum…

Yang Berpeluh,
Si Tukang Buat Sushi


diambil oleh Aminorazmi dan aku hanya berdiri serta mengolah gambar ini

Cahaya yang aku cari. Aku tak tau cahaya itu bagaimana. Cume yang aku tau dan aku harap, cahaya itu adalah jawapan yang aku perlu untuk tentukan jalan hidup aku sekarang dan akan datang. Bile dan bagaimana, aku pun belum pasti. Biarpun pengorbanan mungkin perlu dilakukan, aku pasti cahaya itu mampu menyinari kegelapan yang ditinggalkan agar ia mampu bersinar juga…

p/s:jiwa aku kosong ketika ini


Untuk entry penuh sila klik di sini

Ni kawan aku, Yop kite orang panggil die kat Tapah. Antara pomen bukan sepenuh masa yang berjaye di Tapah. Baru2 ni die memutuskan untuk meninggalkan geng2 bujang macam kite orang dan join geng2 yang ade bini… Sedih wooo… Pasni tinggal bape kerat je yang ade untuk lepak minum kat mee rebus? Sape nak pegang duit race kat highway lepas ni?
Sedih sedih sedih… Sob sob sob…


gambo ni aku shoot tepi highway menghala KL dari Tapah

Esok ade pemantauan oleh pensyarah aku… Tapi aku boleh plak habeskan masa lebih kurang 3 jam edit gambar ni. Sepatutnye aku buat rancangan pengajaran harian untuk dua kelas esok. Tapi apekan daya dah hati kata edit gambo lagi best…hahaha

DSC_5114 rsz
ini gambar asal


ini yang telah diedit dgn penambahan texture

Pada suatu malam, bile aku dah tak ingat. Aku, Abu dan amoi aku berjalan sekitar kl. Banyakla tempat yang aku lawat sampai lorong hj. taib pn aku masuk. Hahaha… Kami gembbira malam tu. Tapi malangnye Abu lupe nk cabut tapak tripod aku bawah kamera die dan lansung dengan selambe die bawak skali bende tu balik Melaka… Wei cepat pulangkan bende alah tu… Kalau tak aku sula dengan besi ayam tandoori…

p/s: aku gurau je Bu… nnt bile2 ko singgah kl ko bawakla bende tu k.yang penting MU menang malam tadi…hahaha

Name die Zulkri. Die ni darjah 4. Baik budaknye. Pagi-pagi aku nampak die pimpin tangan adik die yang tadika tu masa jalan kaki pegi sekolah. Comel dan terharu setiap kali aku lihat saat itu. Moga kamu berjaya Zulkri di atas apa jua perbuatan kamu…


untuk entry penuh sile klik di sini ok

Siot… Aku rase hampir dua bulan aku ditipu atau tertipu dengan si Erli. Budak yang menganggap dirinya comel itu memberi aku info yang salah. Kalau tak mesti aku malu kalau masa aku tengah makan lauk kenduri tetibe tuan rumah tu tanye aku ni sape dan aku pula tidak tau sape yang tegur aku. Kelakar pun ade, camne ko boleh jadi girlfriend mamat tuh kalau rumah mak bapak die pun ko tak tau??? Sungguh aku tak paham dengan ko, Erli. Haishhh…

Penat, malas, duit abes dan sedikit kecewa sebab berat badan tak naik jugak…huhuhu. Gambar-gambar ni korang anggap jela ibarat duit raye dari aku untuk korang. Sume ni aku tangkap mase minggu pertama raye…


abu koya hensem tepi sawah time sunset


gren kenyon dekat kawasan perindustrian gopeng time sunset gak


mariam di bukit melawati, kole selangor juga time sunset


nape tengok abang camtu, dik?

Ini saki baki gambar masa outing dekat Jalan Tar itu hari. Minggu ini internet berjalan macam siput. Nak bukak flickr pun susah… Dikesempatan ni aku nak ucap selamat menyambut hari raye kepade korang sume. Tidak lupe juge selamat menghabiskan ramadhan kali ini dengan amal ibadah. Akhir sekali, selamat bershoping kepade mereka yang berkenaan. Heeee… Aku tak beli ape-ape tahun ni. Cukupla dengan ape yang dah ade. Nak beli baju melayu pun macam membazir je sebab lepas semayang raye dah bukak. Pakai tak sampai sejam pun. Hahaha…


adik tolak troli…


haaa…korek idung ek?

p/s: Man U menang lagi… Kah Kah Kah…